Ikuti Kami:

“Adakah Itu Serangan Panik?”- Netizen Risau Lihat Ahn Jaehyun Berpeluh Selepas Disoal Tentang Gu Hyesun

“Adakah Itu Serangan Panik?”- Netizen Risau Lihat Ahn Jaehyun Berpeluh Selepas Disoal Tentang Gu Hyesun

Ahn Jaehyun yang sebelum ini lebih banyak bersembunyi daripada perhatian ramai kerana kes penceraiannya yang masih berlangsung dengan Gu Hyesun. Walaupun sedang mengalami episod duka, lelaki itu kelihatan tabah menghadapinya. Kelmarin, dia membuat kemunculan semula di hadapan umum bagi menghadiri sidang media drama terbarunya iaitu ‘Love With Flaws’.

ahn jaehun berpeluh apabila ditanyakan tentang gu hyesun

Meskipun tidak melakukan kesalahan, lelaki itu telah meminta maaf terhadap semua orang yang telah terkesan secara tidak langsung dengan kemelut rumah tangganya. “Perkara pertama yang saya fikirkan ialah betapa bersalahnya saya rasa terhadap penonton dan semua yang terlibat dengan drama ini. Disebabkan oleh masalah peribadi saya, banyak isu yang timbul. Saya ingin meminta maaf. Saya masih rasa tidak tenang, risau sekiranya saya akan menyusahkan semua orang walaupun untuk sidang media ini.”

Tapi agak tidak sensitif apabila wartawan yang menghadiri sidang media drama itu telah menanyakan soalan mengenai Gu Hyseun kepada lelaki tersebut. Mungkin sedikit terkejut, Ahn Jaehyun kelihatan telah merecek dengan peluh selepas soalan ‘panas’ itu ditanyakan.

ahn jaehun berpeluh apabila ditanyakan tentang gu hyesun

Netizen yang melihat dia seperti sedikit panik, melahirkan rasa kasihan dan risau. Mereka juga memarahi wartawan yang seperti tidak tahu untuk mengetahui batas mereka ketika menanyakan soalan sedemikian. Walhal mereka mengetahui betapa Ahn Jaehyun mengalami waktu yang sukar disebabkan oleh Gu Hyesun.

“Adakah itu serangan panik?”

“Kenapa mereka perlu menanyakan perihal peribadi ketika sidang media drama? Kalau nak tahu sangat, sepatutnya mereka menanyakannya secara peribadi. Kesiannya dia.”

“Saya kesiankan Ahn Jaehyun. Saya harap dia bertabah dan menjadi lebih bahagia.”

“Ahn Jaehyun langsung tak pernah berpeluh walaupun berada dalam tengah panas semasa di Vietnam dan Hong Kong untuk penggambaran ‘New Journey To The West’. Kesiannya…”

“Saya betul-betul bencikan Gu Hyesun. Macam mana dia boleh musnahkan kehidupan seseorang dengan penipuan macam itu?”

Kasihan apabila melihatkan Ahn Jaehyun seperti terkesima apabila disoal tentang isterinya. Wartawan sepatutnya mengetahui batas mereka dan menghormati tujuan asal sidang media itu diadakan, iaitu untuk mempromosikan drama ‘Love With Flaws’ dan bukannya kerana hal peribadi.

Sumber: KpopKfans

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...