Ikuti Kami:

“Ada Yang Lain..” – Imej Berubah, Lee Siyoung Didakwa Buat Pembedahan Plastik?

“Ada Yang Lain..” – Imej Berubah, Lee Siyoung Didakwa Buat Pembedahan Plastik?

Secara tiba-tiba, Lee Si-young terpalit dengan dakwaan pembedahan plastik.

Terbaru, dia telah berkongsi entri dari pertunjukan fesyen di Paris. Dengan mengenakan gaun hitam tanpa tali yang menonjolkan bahu dan tulang selangkanya, Lee Si-young memperagakan tubuhnya yang langsing dan berotot.

Disebabkan oleh imej yang berlainan dari biasa, sepertinya ada yang meragui perubahan itu dan menyangka pelakon berkenaan melakukan pembedahan plastik.

Keesokan harinya, seolah-olah memberikan respons kepada khabar angin tersebut, Lee Si-young berkongsi gambar dan video dari acara jenama fesyen lain, sambil turut berterima kasih buat jurusoleknya,

Terima kasih kepada Seo-young dan Hye-in kerana membuat saya kelihatan seperti orang yang berbeza setiap hari.

Bukan pembedahan plastik lah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Wikitree

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...