Ikuti Kami:

“Ada Tak Suka..” – Dikecam Visual Tak Sepadan Dengan Go Younjung, Jung Joonwon Beri Respon

“Ada Tak Suka..” – Dikecam Visual Tak Sepadan Dengan Go Younjung, Jung Joonwon Beri Respon

Pelakon Jung Joon-won telah bersuara mengenai kritikan awal terhadap gandingannya bersama Go Yoon-jung dalam drama “Resident Playbook” yang baru sahaja tamat, dengan secara jujur mengakui reaksi penonton terhadap perbezaan visual mereka.

Dalam satu temu bual selepas episod akhir, lelaki itu mendedahkan bahawa dia telah menjangka komen mengenai “ketidaksepadanan visual” antara wataknya Gu Do-won dan watak Go Youn-jung, Oh Yi-young,

Saya tak terasa hati. Ia adalah sesuatu yang saya sudah jangka sejak sebelum penggambaran lagi.

Walaupun penonton ragu-ragu pada mulanya, chemistry antara Do-won dan Yi-young yang digelar “pasangan Oh-Gu”  akhirnya memenangi hati peminat, terutamanya dengan adegan ciuman dalam lif yang mencetuskan perhatian di media sosial.

resident playbook

Netizen pada mulanya skeptikal, dengan komen seperti “gandingan ini rasa tak kena” dan “tenaga mereka tak sepadan.” Namun, pujian mula muncul selepas melihat lakonan semula jadi dan perkembangan emosi watak yang konsisten.

Pendekatan rasional Jung Joon-won terhadap kritikan turut menarik perhatian ramai,

Akan sentiasa ada orang yang suka kita, dan yang tak suka pun ada, itu perkara biasa. Saya tak cuba nampak kacak. Kami semua, pengarah, penulis, dan kru bekerjasama untuk hasilkan sesuatu yang benar-benar terasa emosi dan realistik.

Elok je kan dorang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Sumber :   Star In

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...