Ikuti Kami:

“Ada Suruh Saya Mati..” – Tak Puas Hati Hasil Koreografi ‘Lovesick Girls’, Koreografer Dikecam Peminat BLACKPINK

“Ada Suruh Saya Mati..” – Tak Puas Hati Hasil Koreografi ‘Lovesick Girls’, Koreografer Dikecam Peminat BLACKPINK

BLACKPINK yang baru sahaja meriliskan album penuh “THE ALBUM” kini terpalit pula dengan satu kontroversi kerana peminat yang sepertinya tidak berpuas hati dengan koreografi yang dicipta untuk lagu “Lovesick Girls”.

Kiel Tutin, seorang koreografer berasal daripada New Zealand dikhabarkan telah ‘diserang’ oleh BLINKs (peminat BLACKPINK) dengan kata-kata nista selain ugutan bunuh kerana koreografi tersebut yang dikatakan ‘tangkap muat’ dan ‘mencedok’ daripada kumpulan wanita lain.

Menerusi satu entri di Instagram, lelaki berusia 24 tahun itu mengatakan bahawa dia membuka Twitter pada Sabtu lepas dan mendapati ‘25,000 individu tanpa muka memintanya untuk mati’.

Saya membuka Twitter dan melihat ribuan mesej yang mengatakan bahawa koreografi saya tak best, mencaci, mereka imej palsu mengatakan saya seorang rasis dan menyuruh saya mati selain ugutan bunuh.

kiel tutin dikecam peminat blackpink

Tutin berterusan menjelaskan bahawa dia tidak menyangka bahawa ramai yang merasa bahawa ia adalah okay untuk bersikap negatif secara atas talian. Malah dia menjelaskan bahawa hanya 20% daripada koreografi itu miliknya dan selebihnya diuruskan oleh label BLACKPINK.

Kami sudah biasa sangat dengan starikat K-Pop ini kerana mereka akan menghubungi beberapa koreografer lain dan koreografer di syarikat tersebut akan mengubahnya dan menentukan apa yang dilakukan oleh artis itu.

Kiel meminta peminat K-Pop supaya berhenti melayan artis kegemaran mereka seperti ‘Tuhan’ dan membenci dan bersikap negatif terhadap individu yang berkolaborasi dengan artis itu.

Minat pun, kena ada hadnya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...