Ramai yang terpegun melihat foto Song Ji-hyo hanya memakai pakaian dalam sebelum ini kan?
Dalam episod terbaru di saluran YouTube milik Kim Jong-kook, lelaki itu telah melawat syarikat pakaian dalam Song Ji-hyo bagi melihat kehidupan waniat itu sebagai CEO kini.
Disebabkan menjadi bualan hangat netizen, Kim Jong-kook sempat bertanya mengenai foto seksi Song Ji-hyo tersebut,
Kenapa tiba-tiba ambil gambar dengan pakaian dalam?
Song Ji-hyo menjawab,
Saya pakai kerana mahu mempromosikan pakaian dalam yang saya sendiri hasilkan.
Apabila ditanya sama ada dia bersenam sebelum penggambaran, pelakon wanita itu berkata,
Ya, saya bersenam. Saya hanya melakukan sedikit suntingan pada gambar, tetapi saya fokus kepada senaman kardio dan kawalan pemakanan. Saya juga buat 20 sit-up setiap malam.
Apabila ditanya kenapa dia memilih perniagaan pakaian dalam, Song Ji-hyo menjelaskan bahawa pakaian dalam adalah perkara pertama yang kita sarungkan ke badan, jadi dia mahu memastikan terdapat pakaian dalam yang benar-benar sesuai dengan fizikalnya.
Ingat senang ke nak tangkap gambar seksi macam tu?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.