Ikuti Kami:

Ada ‘She Was Pretty’, ‘Police University’, Pelbagai K-Drama Boleh Ditonton Di Netflix Kini

Ada ‘She Was Pretty’, ‘Police University’, Pelbagai K-Drama Boleh Ditonton Di Netflix Kini

Siap sedia semua untuk ‘marathon’ drama Korea!

Drama seperti “My Roommate is a Gumiho” dan “Backstreet Rookie” yang sebelum ini ditayang hanya melalui laman penstriman tertentu, kali ini akan menemui penonton di Netflix.

Ada lebih 10 K-Drama yang kini korang boleh tonton di Netflix. Jom lihat senarai di bawah:

SHE WAS PRETTY

“She Was Pretty” ialah sebuah komedi romantik, berdasarkan kisah benar, tentang dua kenalan silam yang bertemu semula selepas mereka melalui perubahan nasib dan penampilan, berlatar belakang pejabat penerbitan majalah fesyen. Ianya diterajui Park Seo-joon, Hwang Jung-eum dan Choi Si-won.

BACKSTREET ROOKIE

“Backstreet Rookie” membawa kisah romantik yang tidak dijangka di antara pemilik kedai serbaneka Choi Dae-hyun (Ji Chang-wook) dan pekerja separuh masa Jung Saet-byeol (Kim Yoo-jung).

GHOST DOCTOR

Drama perubatan fantasi ini membawa kisah apabila seorang doktor pandai yang berlagak dan seorang doktor residen kaya yang tidak menyedari tanggungjawabnya serta dua doktor lain dengan latarbelakang dan kemahiran yang ekstrem berkongsi satu badan yang sama.

MY ROOMMATE IS A GUMIHO

“My Roommate Is A Gumiho” (diadaptasi daripada webtoon), membawa kisah seorang pelajar kolej iaitu Lee Dam (Hye-ri) yang tanpa sengaja tertelan guli seorang gumiho lelaki bernama Shin Woo-yeo (Jang Ki-yong) yang kian hampir mencapai impiannya untuk menjadi manusia. Apabila seseorang menelan guli tersebut, mereka akan hanya hidup selama setahun sebelum guli itu pecah dan menghalang gumiho itu daripada berubah menjadi manusia. Disebabkan itu, Shin Woo-yeo meminta Lee Dam untuk tinggal bersama dan sekaligus bermulalah kisah cinta di antara mereka.

SHE WOULD NEVER KNOW

Yoon Song-ah (Won Jin-ah) bertugas sebagai pegawai pemasaran untuk jenama kosmetik dan dia sangat menyukai kerjanya dan melakukannya dengan berdedikasi sekali. Manakala Chae Hyun-seung (Rowoon) merupakan junior yang suda lebih setahun bekerja di bawah jagaan Yoon Song-ah. Setelah sekian lama bekerjasama, lelaki itu mula menaruh perasaan dan cuba memulakan hubungan dengan seniornya itu. Namun Yoon Song-ah menolak memandangkan dia sudah pun mempunyai teman lelaki selain tidak menganggap lelaki lebih muda sesuai sebagai pasangan bercinta.

IMITATION

“Imitation” yang diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama, menceritakan kisah kehidupan idola di dalam industri seni. Ianya turut berkisarkan daripada hubungan romantik rahsia di antara gadis daripada kumpulan idola baru dan lelaki daripada kumpulan idola popular.

YOUTH OF MAY

“Youth Of May” ialah sebuah drama melodrama mengisahkan dua anak muda yang jatuh cinta pada Mei 1980, iaitu satu zaman reformasi dan penting dalam sejarah Korea Selatan. Ianya dibintangi Lee Do-hyun, Go Min-si, Geum Sae-rok dan Lee Sang-yi.

SECRET ROYAL INSPECTOR & JOY

Drama bersejarah genre komedi ini membawa kisah inspektor diraja rahsia yang menyamar bagi mendedahkan rasuah bersama seorang janda yang mempunyai kepercayaan yang ke depan berbanding waktunya. Ianya diterajui Taec-yeon dan Kim Hye-yoon.

POLICE UNIVERSITY

“Police University” menceritakan siasatan yang kelam-kabut berlaku apabila Yoo Dong-man (Cha Tae-hyun) seorang profesor di universiti kepolisan elit, bergabung tenaga dengan dua pelajarnya. Seorang ialah Kang Sun-ho (Jin-young), si bijak pandai dan si penggodam dan Oh Kang-hee (Krystal).

DALI & COCKY PRINCE

“Dali And Cocky Prince” membawa kisah cinta antara seorang lelaki dan perempuan yang langsung tidak mempunyai persamaan. Jin Mu-hak (Kim Min-jae), di mana keluarganya berjaya membesarkan perniagaan gamja-tang yang kecil sehingga menjadi syarikat makanan global. Meskipun merupakan pengarah di syarikat tersebut, namun dia kurang cerdik dan sentiasa menduduki tempat terakhir dalam ranking akademik di sekolah. Sedang dalam usaha untuk mendapatkan sebuah muzium seni yang dimiliki oleh Kim Da-li, seorang perempuan elit dan dia akhirnya jatuh cinta dengan wanita itu.

SELL YOUR HAUNTED HOUSE

Dibintangi Jang Na-ra, Jung Yong-hwa, Kang Hong-seok dan Ahn Gil-kang, “Sell Your Haunted House” mengikuti ejen hartanah pengusir setan. Dia melakukan eksorsisme di hartanah di mana hantu muncul, dan berganding bahu dengan penipu untuk mencungkil rahsia.

Jadi, korang akan ‘marathon’ K-Drama yang mana nanti?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...