Meski drama “Lovely Runner” sudah lama tamat, pasti ramai yang masih belum ‘move on’ dengan keserasian antara Kim Hye-yoon dan Byeon Woo-seok kan?
Terbaru, 2 pengarah kamera “Lovely Runner” telah muncul dalam sebuah rancangan di YouTube, di mana mereka berkongsi pengalaman bekerja dengan Byeon Woo-seok dan Kim Hye-yoon di set. Katanya,
Byeon Woo-seok sangat bersemangat dengan projek ini. Dia melalui banyak cabaran dalam kerjayanya dan dia akhirnya mendapat watak utama buat pertama kali dalam ‘Lovely Runner’.
Kemudian mengenai hubungan antara dua pelakon itu, pengarah akui bahawa mereka mempunyai keserasian luar biasa meskipun di luar skrin,
Mereka bergaul sangat baik dalam kehidupan sebenar. Keserasian mereka dalam drama itu bukan sahaja berlaku secara ajaib tetapi, mereka memang mempunyai hubungan mantap dalam realiti. Mereka sangat mendalami watak, membuatkan saya tertanya jika ada sesuatu yang berlaku antara mereka.
Sambung pengarah,
Babak mereka agak emosional untuk dirakam kerana mereka saling merenung dengan penuh kasih sayang. Ia membuatkan kami seperti sedang menyaksikan cinta yang murni, seperti zaman kanak-kanak.
Betul-betul mendalami watak atau….👀
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.