Ikuti Kami:

“Ada Sedikit Harapan..” – Jung Woosung Jawab Kemungkinan Musim Kedua ‘The Silent Sea’

“Ada Sedikit Harapan..” – Jung Woosung Jawab Kemungkinan Musim Kedua ‘The Silent Sea’

Meninggalkan penonton dengan pelbagai persoalan di penghujung tayangan, sudah pasti ramai yang mendambakan sambungan “The Silent Sea”.

Dalam sebuah temubual baru-baru ini, Jung Woo-sung yang merupakan produser bagi siri Netflix berkenaan telah memberikan respon mengenai kemungkinan musim keduanya,

Daripada produksi berlangsung, saya mempunyai sedikit jangkaan buat musim kedua. Tiada pilihan, saya terpaksa merencana kesudahan dengan harapan ada musim kedua. ‘Adakah ia akan dibongkarkan?’ adalah satu elemen penting bagi kesudahan sesebuah siri bagi menimbulkan persoalan dan menjana imaginasi.

netflix the silent sea

Tambahnya lagi,

Saya percaya bahawa peminat yang akan menentukan penghasilan musim kedua. Saya juga merasakan takdir siri ini akan mengikuti seperti apa yang dimahukan semua.

Sekadar pengetahuan, “The Silent Sea” yang berlatar belakangkan masa hadapan membawa kisah pasukan elit yang menjalani misi khas di sebuah pangkalan ditinggalkan di bulan selepas kekurangan sumber di bumi. Ianya diterajui oleh Gong Yoo, Bae Doo-na, Lee Joon, Kim Sun-young dan Lee Moo-saeng.

Korang nak tak musim kedua?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...