Kehidupan idola K-Pop tidak pernah mudah dan dipenuhi dengan persaingan yang tidak berkesudahan.
Industri muzik Korea pastinya bukan sesuatu yang mudah untuk bertahan kerana ada beberapa orang artis, terpaksa menarik diri dari kumpulan mereka pada tahun 2023 ini selepas merintangi beberapa masalah.
Rocky Astro
Rocky memutuskan untuk menamatkan kontraknya dengan Fantagio dan penyertaannya dalam kumpulan itu selepas perbincangan mendalam dengan agensi. Ini berlaku dua bulan selepas empat rakan kumpulannya, JinJin, Cha Eun-woo, Moonbin, dan Sanha memperbaharui kontrak mereka.
Sungchan & Shotaro NCT
Pada Mei 2023, agensi mengumumkan di akaun media sosial bahawa Sung-chan dan Shotaro tidak akan menjadi ahli kumpulan NCT lagi. Selain itu, agensi juga telah mengesahkan rancangan masa depan untuk kedua-dua idola itu.
Sung-chan dan Shotaro berhasrat untuk menyertai debut di bawah SM Entertainment selepas mereka keluar daripada NCT dan sekarang telah menjadi ahli RIIZE.
Youngbin Blank2y
Young-bin merupakan seorang penyanyi yang sangat berbakat. Namun semuanya menjadi gelap baginya apabila dia terlibat dengan kes pukul teman wanita. Dia berbuat demikian kerana teman wanitanya ingin berputus dengannya dan ketika itu dia tidak boleh bertindak secara rasional.
Disebabkan dikecam teruk oleh peminat, dia akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan Blank2y demi menjaga nama baik kumpulan tersebut.
Kim Garam LE SSERAFIM
Kim Ga-ram mula menyeburi bidang nyanyian di Korea pada umur yang masih muda iaitu 16 tahun. Dengan bakat luar biasanya, dia berjaya membuat debut bersama dengan salah satu kumpulan gadis K-Pop yang popular iaitu LE SSERAFIM. Akan tetapi, dia telah terlibat dengan satu tuduhan skandal yang mengatakan dia merupakan seorang pembuli semasa sekolah menengah.
Berita ini mula tersebar apabila mangsa kepada Kim Ga-ram mula mendedahkan hal ini di media sosial. Penyanyi ini mengakui bersalah dan membuat keputusan untuk tidak bersama ahli LE SSERAFIM lagi.
Park Jieun Purple Kiss
Ahli kumpulan Purple Kiss ini telah lama menghidapi masalah anxiety. Pada mulanya, pihak pengurusan hanya berehatkan Park Ji-eun daripada sebarang persembahan. Namun setelah berbincang bersama ahli kumpulan dan Park Ji-eun sendiri, mereka bersetuju untuk terus menjadi Purple Kiss tanpa kehadirannya.
Hal ini kerana, kesihatan penyanyi wanita itu lebih penting dari segalanya. Jadi dia boleh berehat dan boleh menenangkan dirinya sebelum mengharungi pelbagai cabaran hidup.
Masih ada peluang lain lagi sebab mereka semua ni sangat berbakat.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.