Ikuti Kami:

“Ada Sebab..” – Meski Dilarang Bersuara, Peminat Bangga SEVENTEEN Tetap Tunjuk Sokongan Pada Palestin

“Ada Sebab..” – Meski Dilarang Bersuara, Peminat Bangga SEVENTEEN Tetap Tunjuk Sokongan Pada Palestin

Pasti ramai yang sudah tahu bahawa kebanyakan artis Korea ini memang tak dibenarkan oleh agensi untuk lantang bersuara tentang isu yang sedang berlaku dalam dunia.

Baru-baru ini, SEVENTEEN telah menggegarkan pentas di festival muzik ‘Lollapalooza 2024’ di Berlin, yang dihadiri oleh ribuan peminat.

Selain mempersembahkan lagu popular mereka seperti “Super” dan “Left & Right”, persembahan mereka untuk lagu “SOS” di penghujung konsert turut mendapat perhatian.

Menerusi siaran langsung yang boleh ditonton di YouTube, peminat perasan bahawa video animasi yang dimainkan ketika mereka menyanyikan lagu itu sama seperti warna bendera negara Palestin iaitu merah, hitam, putih dan hijau.

Dengan lagu “SOS” yang menceritakan tentang pertempuran berterusan yang sedang berlaku di dunia, ramai beranggapan bahawa kumpulan 13 ahli itu sepertinya secara halus menunjukkan sokongan mereka kepada Palestin, yang masih diserang oleh Israel sejak dari tahun lalu. Komen peminat,

  • Saya bangga dengan mereka.
  • Ada sebab kenapa mereka memilih untuk letak 4 warna ni sahaja.
  • Saya pun perasan waktu tengok ni!!!
  • Semoga ini bukan hanya kebetulan.

Makin sayang SEVENTEEN lepas ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...