Ikuti Kami:

“Ada Sebab Dia Berjaya” – 3 Tahun Sejak ‘The World Of The Married’, Kim Heeae Terus Puji Han Sohee

“Ada Sebab Dia Berjaya” – 3 Tahun Sejak ‘The World Of The Married’, Kim Heeae Terus Puji Han Sohee

Peminat K-Drama pastinya mengetahui bahawa drama “The World Of The Married” menjadi kegilaan ramai sementelah ia ditayangkan semasa pandemik tahun 2020 dulu.

Terbaru, Kim Hee-ae yang sedang mempromosikan drama “Queen Maker” kini telah menyebut mengenai drama berkenaan dalam temubual bersama “MMTG”. Pujinya tentang Park Hae-joon,

Lakonan Park Hae-joon sangat bagus. Dia merupakan seorang lelaki yang baik.

kim heeae han sohee

Sambungnya lagi,

Han So-hee menjaga jarak dengan saya kerana dia risau jika emosi dan fokusnya semasa berlakon akan terganggu apabila bercakap dengan saya. Han So-hee akan terus berjaya, dia mempunyai wajah yang cantik. Dia bekerja keras dan menyediakan semuanya dengan berjaga-jaga. Dia seorang bintang yang sentiasa bersedia. Itulah sebabnya dia berjaya sekarang.

Pelakon senior pun suka Han So-hee tau!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...