Seperti Ji Ye-eun turut mengakui keserasian yang mantap bersama ahli “Running Man”.
Dalam sebuah temubual eksklusif, pelakon tersebut telah memuji kesemua ahli selain faham mengapa ia mampu bertahan sehingga kini.
Antara ahli yang dipuji ialah Song Ji-hyo di mana Ji Ye-eun mendedahkan bahawa dia peminat drama “Princess Hours” lakonan wanita itu,
Dia sangat cantik. Saya sangat gementar kerana dia adalah senior yang hebat, tetapi dia sangat santai sehingga saya dapat mendekatinya dengan cepat.
Malah Ji Ye-eun menjelaskan bahawa Song Ji-hyo sangat ‘cool’ dan tak kisah dia memanggilnya ‘kakak’ terus di awal pertemuan mereka memandangkan terdapat 13 tahun jurang umur di antara mereka.
Saya memberikan Ji-hyo unnie rantai kunci pasangan berbentuk kucing. Kami masing-masing memakainya.
Tambahnya lagi,
Haha membuat banyak jenaka yang menyeronokkan sehingga saya rasa seperti rakan sebaya, dan Yang Se-chan membantu saya melepaskan ketegangan sehingga saya dapat merakam dengan selesa.
Ji Ye-eun turut mendedahkan bahawa Kim Jong-kook adalah antara ahli yang mengejutkan buatnya memandangkan dia sangat mengambil berat tak seperti penampilan tegang di kaca televisyen.
Ji Ye-eun memang sesuai masuk “Running Man” kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.