Akhirnya, Kim Tae-ri kembali dalam dunia K-Drama.
Episod pertama “Jeongnyeon: The Star is Born” mengikuti kisah watak utama Yoon Jeong-nyeon (Kim Tae-ri), yang memiliki bakat semula jadi sebagai penyanyi tetapi menjalani kehidupan biasa menjual ikan di kampung halamannya di Mokpo.
Satu peristiwa takdir membawanya ke dunia opera tradisional Korea, yang dikenali sebagai Gukgeuk dek bakat yang tidak mampu dipendamnya lagi.
Menurut Nielsen Korea, “Jeongnyeon: The Star is Born” hampir menggandakan ratingnya untuk episod kedua, dengan mencatatkan purata rating nasional sebanyak 8.2%—menandakan lonjakan yang mengagumkan daripada tayangan perdana malam sebelumnya, 4.8%.
Korang kena layan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.