Ikuti Kami:

Ada Peminat Pengsan, Jay Park Raih Perhatian Lepas Hentikan Persembahan Seketika

Ada Peminat Pengsan, Jay Park Raih Perhatian Lepas Hentikan Persembahan Seketika

Pasti ramai mengetahui bahawa baru-baru ini, Jay Park membuat persembahan di festival WATERBOMB di Daegu. Namun, lebih menarik perhatian adalah satu tindakan yang dilakukan Jay Park untuk ‘menyelamatkan’ seorang peminat.

Persembahan Jay Park di festival tersebut sekaligus menandakan persembahan festival ketiganya sejak 2018 dan 2019. Dia tidak pernah sekalipun gagal memberikan persembahan yang bertenaga sejak dari awal.jay parkJay Park memberikan persembahan yang terbaik di festival dengan menyanyikan lagu hitnya seperti “MOMMAE”, “GANADARA” dan “SOLO”. Persembahan lagu “MOMMAE” merupakan antara kegemaran peminat dek kerana itu dia membawa krew tarian MVP dan HolyBang untuk memberikan persembahan yang tidak dapat dilupakan.

Menerusi persembahannya, dia berinteraksi secara aktif bersama peminat malah, dia turut turun dari pentas untuk menyertai ribuan peminat. Disebalik keadaan yang meriah itu, Jay Park lebih menarik perhatian atas tindakannya di festival tersebut.

Semasa menyanyikan lagu “SOLO”, Jay Park melihat seorang peminat yang pengsan dalam kalangan peminat yang ramai. Dia bahkan menghentikan persembahannya dan memanggil pasukan keselamatan di situ untuk terus menolong peminat tersebut.

Selepas insiden itu, Jay Park turut memuat naik satu kenyataan di akaun Instagramnya di mana dia berkata,

Bagi mereka yang datang ke WATERBOMB Daegu, anda nampak sedikit penat, tetapi terima kasih kerana terus bersemangat sehingga ke akhirnya! Kekal sihat, ceria, dan selamat pulang. Untuk pengetahuan semua, saya diberitahu bahawa orang yang rebah itu telah sedarkan diri dan semakin baik! ‘Fighting’!

Syukurlah peminat tersebut kini semakin membaik. Syabas buat Jay Park kerana sentiasa peka dengan keadaan peminat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...