Ikuti Kami:

“Ada Orang Cuba Halang Saya Debut..” – Chaeryeong ITZY Ulas Komen Jahat

“Ada Orang Cuba Halang Saya Debut..” – Chaeryeong ITZY Ulas Komen Jahat

Pada episod 22 Julai rancangan “No Prepare”, Chae-ryeong ITZY telah tampil sebagai tetamu.

Dalam episod tersebut, idola itu berkongsi tentang keyakinan dirinya yang semakin merudum ketika dia sedang membuat persiapan untuk debut. Kongsi Chae-ryeong,

Saya mempunyai kecenderungan untuk mengambil berat dengan reaksi orang. Saya tidak seperti itu semasa kanak-kanak. Di sekolah rendah, saya fikir saya paling cantik dan sentiasa yakin. Semasa persiapan debut, keyakinan saya mencecah paras terendah sepanjang masa.

lee chaeryeong

Kemudian, ahli ITZY itu mendedahkan sebab keyakinan dirinya hilang,

Ada banyak sebab. Malah ada seseorang yang cuba menghalang saya daripada debut. Selalu ada segelintir orang seperti itu. Saya sentiasa cuba memikirkan orang lain. Saya cuba bertimbang rasa, dan saya cuba memberi perhatian kepada reaksi mereka.

Akhirnya, Chae-ryeong memberi reaksi kepada komen jahat yang sering diterimanya kini. Katanya,

Saya tidak peduli.

itzy chaeryeong

Chae-ryeong kena sentiasa yakin tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...