Ikuti Kami:

“Ada Orang Bagi” – Penjelasan G-Dragon Mengenai Skandal Dadah 12 Tahun Lalu Kembali Tular

“Ada Orang Bagi” – Penjelasan G-Dragon Mengenai Skandal Dadah 12 Tahun Lalu Kembali Tular

G-Dragon pernah mengatakan bahawa dirinya tidak sengaja mengambil benda itu.

Pada 25 Oktober, G-Dragon telah disiasat oleh pihak polis berkenaan dengan kes marijuana. Namun, selepas berita itu dikeluarkan, tular di media sosial penjelasan G-Dragon pada 12 tahun lalu yang mengatakan bahawa dia menyangka bahawa marijuana yang dihisapnya ialah rokok.

Pada 2011, G-Dragon telah terlibat di dalam skandal dadah. Di mana dia telah didakwa atas tuduhan menghisap marijuana di sebuah kelab malam di Jepun.

Namun, pada 2012, ketika dia menjadi salah satu tetamu di dalam rancangan “SBS Healing Camp” dia telah mendedahkan bahawa dia tidak mengetahui bahawa rokok yang diambilnya itu ialah marijuana.

Katanya,

Ketika mereka minta saya untuk buat ujian air kencing dan rambut, saya terus memberikan kerjasama kerana saya bukan pengguna marijuana. Tapi saya malu sebab keputusan saya positif. Saya rasa macam tidak adil sebab saya tak tahu apa yang jadi. Jadi pada mulanya saya tidak mempercayakan keputusan itu.

gd

Namun, Lee Kyung-gyu membalas,

Bukan ke awak dapat rasakan yang rasa marijuana dan rokok itu berbeza? Tak kan awak tak dapat beza?

Balas G-Dragon,

Masa tu saya tengah mabuk dan ada orang datang bagi rokok dekat saya. Jadi saya tidak fikir panjang saya terus hisap saja.

Malah, ketua kumpulan BIGBANG ini juga berkata,

Saya tidak menipu, jika saya tipu saya tidak boleh dihormat dan muzik saya juga tidak akan dihormati.

Hmm apa pendapat korang tentang isu ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...