Ya ke Kim Ji-won dan Yoo Yeon-seok dah lama menjalinkan hubungan cinta?
Pada 21 September 2015, khabar angin mengenai hubungan mereka mula tersebar di mana mereka dikatakan mula berkenalan selepas sama-sama membintangi “Horror Stories”.
Majalah Woman Sense melaporkan pada ketika itu bahawa mereka serius terhadap satu sama lain meskipun berbeza usia sebanyak 8 tahun dan telah memperkenalkan kepada keluarga masing-masing. Namun, agensi kedua-duanya segera menjelaskan bahawa mereka hanyalah kawan baik dan rakan sekerja.
Menurut seorang wartawan dari Sports Chosun pula, Kim Ji-won dan Yoo Yeon-seok dilihat keluar untuk temu janji pada Mac 2016 di mana saksi mendakwa melihat mereka berkongsi saat-saat mesra. Walaupun terdapat penerangan terperinci, tiada bukti bergambar yang disediakan.
Kedua-dua syarikat Kim Ji-won dan Yoo Yeon-seok sekali lagi menafikan khabar angin itu, dan menjelaskan bahawa mereka hanya kawan dan pengurus mereka juga hadir semasa makan malam tersebut.
Pada tahun 2019, khabar angin muncul bahawa Kim Ji-won dan Yoo Yeon-seok telah berpisah selepas tujuh tahun bersama. Pada masa yang sama, Kim Ji-won dikhabarkan sedang bercinta dengan Park Seo-joon, rakan lakonnya dalam “Fight For My Way.”
Di DC Inside, seorang netizen mendakwa telah melihat Kim Ji-won dan Yoo Yeon-seok masih bersama kini. Menjelang tahun 2024, cerita ini muncul semula, dengan netizen mendakwa bahawa kerana tiada laporan mengenai perpisahan, mereka pasti masih berpacaran. Namun, dakwaan ini masih belum disahkan.
Korang rasa?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.