Ikuti Kami:

Ada Lee Dongwook, Lee Sungkyung, Wi Hajoon & Kim Jaewook, Ini 6 K-Drama iQiyi Baru Bagi 2022

Ada Lee Dongwook, Lee Sungkyung, Wi Hajoon & Kim Jaewook, Ini 6 K-Drama iQiyi Baru Bagi 2022

Pelabgai laman penstriman nampaknya dah ‘up’kan game mereka bagi menghasilkan K-Drama hebat termasuklah iQiyi.

Bahkan mereka sudah lampirkan line-up hebat untuk tahun 2022 nanti, anda pasti teruja punya!

Crazy Love

Seorang CEO pusat tutor matematik yang genius (Kim Jae-wook) mula menerima ugutan bunuh dan cuba mencari pelakunya dengan menipu mengatakan bahawa dia hilang ingatan. Dia sampaikan sanggup berkahwin secara palsu dengan pembantunya, Lee Shin-ah (Krystal) yang didiagnos mempunyai penyakit membunuh.

iqiyi crazy love

Shooting Star

Drama ini membawa kisah disebalik tabir dunia hiburan Korea melibatkan komuniti seperti pasukan PR, pengurus, dan wartawan yang membantu membersihkan kerosakan yang dilakukan oleh selebriti. Kisah romantik komedi ini menceritakan Oh Han-byul (Lee Sung-kyung), ketua pasukan PR di sebuah agensi hiburan dan bekerja dengan Gong Tae-sung (Kim Young-dae), seorang selebriti popular yang juga merupakan musuh ketatnya. Drama ini akan memaparkan kisah sebenar yang terselindung daripada umum mengenai semua yang bersusah payah bagi memberikan sinar buat selebriti.

iqiyi shooting star

Bad And Crazy

Siri adiwira ini mengisahkan protagonis yang menjalani kehidupannya sebagai detektif yang materialistik. Namun pada suatu hari, dia berubah menjadi adiwira yang menentang korupsi dalam institusi kepolisan menggunakan persona misteri iaitu ‘K’.

iqiyi bad and crazy

Us At One Point

Kisah cinta tragik ini berkisar tentang kelahiran semula di mana satu pasangan yang cuba menyelamatkan satu sama lain dan menahan perasaan sakit tidak bersama walaupun beberapa kali bertemu semula. Masih belum ada pelkon yang disahkan membawa watak utama drama ini. Buat masa ini, masa belum ada berisan pelakon rasmi untuknya.

Weekday Wife

Ianya ialah kisah komedi romantik mengenai seorang wanita yang ‘diajar’ tatatertib untuk menjadi pewaris kaya namun menolak aturan perkahwinan daripada keluarga angkat kayanya dan kemudian menjadikan ia sebagai karier utamanya. Setakat ini, tiada lagi berisan pelakon rasmi diumumkan.

My Oppa Is An Idol

Drama ini mengikuti kisah kekalutan apabila wakil sebuah agensi hiburan, idola terkenal dan peminat idola berkenaan tinggal di bawah satu bumbung bersama.

Hebat kan semua? Tak sabar tunggu 2022!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...