Akhirnya drama terbaru garapan penulis hebat, Noh Hee-kyung sudah pun mendedahkan barisan pelakon utamanya!
Hanya khabar angin sebelum ini, namun Lee Byung-hun, Shin Min-ah, Kim Woo-bin, Han Ji-min, Lee Jung-eun, Cha Seung-won dan Uhm Jung-hwa disahkan bakal menghiasi drama “Our Blues”.
Naskhah ini ialah drama omniverse di mana ia menceritakan kisah manis, masam dan pahit mengenai pelbagai watak berlatarbelakangkan kepulauan Jeju.
Lee Byung-hun akan melakonkan watak Lee Dong-suk, lelaki yang membesar di perkampungan di Jeji dan menjual trak untuk menyara diri. Shin Min-ah akan berlakon bersama lelaki itu sebagai Min Sun-ah, iaitu seorang wanita yang tiba di kepulauan itu dengan satu rahsia.
Han Ji-min akan menjadi si ceria, Lee Young-ok iaitu haenyeo (penyelam makanan ternak di laut) amatur yang dipenuhi dengan pelbagai khabar angin. Kim Woo-bin pula bakal menjayakan watak Park Jung-jun, seorang yang baik dan jatuh cinta apabila bertemu Lee Young-ok.
Cha Seung-won bertanggungjawab membawa watak Choi Han-soo, seorang yang pulang ke kampung halaman selepas menyesuaikan diri dengan kehidupan bandar manakala Lee Jung-eun akan menghidupkan watak Jung Eun-hee, seorang pemilik kedai ikan yang kembali bersatu dengan cinta pertamanya, Choi Han-soo selepas 30 tahun. Rakan kepada Jung Eun-hee iaitu Go Mi-ran akan dilakonkan oleh Uhm Jung-hwa di mana dia pulang ke Jeju selepas lelah dengan kehidupan kota.
Drama ini akan ditayangkan pada 2022.
Mantap kan line-up ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.