Ikuti Kami:

“Ada Lahirkan Anak Ke..” – Song Jihyo Dipersoal Pernah Hamil?

“Ada Lahirkan Anak Ke..” – Song Jihyo Dipersoal Pernah Hamil?

Semua mengimpikan Song Ji-hyo berkahwin dan mempunyai anak sendiri kan?

Terbaru, Lee Eun-hyung yang merupakan rakan wanita itu telah menjadi tetamu di Hemeko Show.  Bakal menimang cahaya mata tak lama lagi, wanita itu bercerita mengenai kehamilannya kini.

Belum sempat mengadu mengenai perubahan fizikal ketika hamil, Song Ji-hyo memberitahu bahawa wanita biasanya akan mengalami kenaikan suhu badan selain warna kulit di bahagian ketiak juga berubah.

Lee Eun-hyung yang terkejut mula bertanya,

Macam mana awak tahu ni? Awak pernah lahirkan anak ke sebelum ni?

song jihyo

Song Ji-hyo menafikan sambil tertawa dan menceritakan bahawa dia ada mendengar pengalaman dari ibu mengandung yang lain.

Ahli “Running Man” itu sekali lagi membuatkan yang lain tertanya-tanya apabila dia mengetahui bahawa tag ‘ibu mengandung’ sering dipakai oleh para wanita hamil pada beg supaya umum mengetahui mengenainya jika berlaku sebarang kecemasan.

Dah teringin nak jadi ibu ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...