Ikuti Kami:

Ada Kim Woobin & Esom, Netflix Kongsi Teraju Utama Siri Fantasi ‘Delivery Knight’

Ada Kim Woobin & Esom, Netflix Kongsi Teraju Utama Siri Fantasi ‘Delivery Knight’

Netflix sudah pun mengesahkan barisan pelakon untuk siri “Black Knight”!

Drama ini berlatarbelakangkan pada tahun 2071 di mana semua bergantung pada topeng pernafasan untuk bernafas. Hanya satu peratus dari populasi manusia terselamat dan strafikasi sosial sudah ditetapkan di tanah terbiar di Semenanjung Korea. Penghantar barangan merupakan figura penting dalam sistem ini, dan bagi pelarian, menjadi pemandu penghantar ialah satu-satu harapan untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Dalam kekalutan itu, “Delivery Knight” membawa kisah seorang pemandu penghantar ‘5-8’ yang mempunya kemahiran berlawan yang dahsyat dan seorang pelarian ‘Sawol’ yang berimpian untuk mengikuti jejak langkahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix Korea (@netflixkr)

Kim Woo-bin akan berlakon sebagai ‘Black Knight’ yang mempunyai kemahiran yang hebat. Kang Yoo-seok pula akan berlakon sebagai seorang pelarian yang menjadikan ‘Black Knight’ sebagai idola. Manakala Esom akan membawa watak Seol-ah iaitu seorang pegawai tentera di Perintah Risikan Ketenteraan.

Nantikan “Delivery Knight” di Netflix nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...