Ikuti Kami:

Ada Kim Namgil, Seohyun SNSD, Siri Netflix ‘Song Of The Bandits’ Kongsi Barisan Teraju Utama

Ada Kim Namgil, Seohyun SNSD, Siri Netflix ‘Song Of The Bandits’ Kongsi Barisan Teraju Utama

Siri Netflix “Song of the Bandits” telah mengesahkan barisan teraju utama buat drama tersebut!

Menurut Netflix Korea, Kim Nam-gil, Seohyun SNSD, Yoo Jae-myung, Lee Hyun-wook dan Lee Ho-jung akan membintangi drama siri asal Netflix yang akan datang “Song of the Bandits”.

“Song of the Bandits” ialah sebuah drama aksi romantik berlatar belakangkan tahun 1920 di mana penduduk melawan sesiapa yang cuba menakluki kawasan mereka bagi melindungi tanah, keluarga dan rakan seperjuangan. Menerusi watak fiksyen, sejarah kekalahan akan diubah sebagai satu kemenangan.

Kim Nam-gil akan memainkan watak utama lelaki sebagai Lee Yoon, dari tentera Jepun. Dia meninggalkan segala-galanya di Pulau Kando dan menjadi pencuri yang melindungi tanah dan rakyat. Manakala Seohyun akan memainkan watak utama wanita dalam siri ini iaitu Nam Hee-shin, ketua biro kereta api Gabenor Jeneral Chosun yang menyembunyikan identiti sebenarnya.

netflix song of the bandits

Selain itu, Yoo Jae-myung akan berperanan sebagai Choi Chung-soo, bekas komander tentera yang soleh dan tuan tanah sebuah kampung Korea yang terletak di Kando. Lee Hyun-wook sebagai Lee Kwan-gil, seorang eksekutif tentera Jepun yang oportunis yang terjalin dengan Lee Yoon melalui hubungan buruk yang teruk dan Lee Ho-jung sebagai Eun Nyeon-i, seorang yang bersenjata menuju ke Kando selepas diminta untuk membunuh Lee Yoon.

Dalam pada itu, tayangan “Song of the Bandits” masih belum disahkan lagi. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...