Ikuti Kami:

“Ada Kelonggaran Tapi..” – RM BTS Kongsi Perbezaan Jadi Artis Solo & Sebagai Kumpulan

“Ada Kelonggaran Tapi..” – RM BTS Kongsi Perbezaan Jadi Artis Solo & Sebagai Kumpulan

Umum pasti mengetahui bahawa RM merupakan ketua kumpulan buat BTS.

Baru-baru ini, RM telah melakukan debut solo dengan album “Indigo” dan telah bekerja keras untuk mempromosikan dirinya sebagai penyanyi solo.

Terbaru dalam program KBS News, RM telah tampil bagi membincangkan tentang albumnya dan turut berkongsi perbezaan ketika mempromosi bersama-sama BTS dan sebagai artis solo. Pada awalnya RM ditanya,

Awak telah melancarkan album solo, dan awak juga ada mengadakan konsert kecil. Awak mesti sibuk, tetapi jika dibandingkan dengan masa sebagai BTS, secara relatifnya, adakah awak berasa seperti awak mempunyai sedikit kelonggaran atau?

RM menjawab,

Secara relatifnya, saya mempunyai sedikit kelonggaran, tetapi rasanya keadaan menjadi lebih sengit. Selalunya bila kami buat persembahan bersama secara berkumpulan, bahagian saya cuma 1/7. Tetapi sekarang saya melakukan segala-galanya sendiri, ia sangat padat dan sengit.

RM menekankan lagi dengan memberitahu betapa sukarnya untuk tidak boleh bergantung kepada sesiapa,

Saya perlu melakukan banyak perkara sendiri, jadi saya rasa perkara lebih sengit.

Mesti tak mudah kan buat RM.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...