Ikuti Kami:

“Ada Ju Jihoon & Park Boyoung” – 6 Individu Tersekat Dalam Kejiranan Misteri, ‘Light Shop’ Tayang Disember Ini

“Ada Ju Jihoon & Park Boyoung” – 6 Individu Tersekat Dalam Kejiranan Misteri, ‘Light Shop’ Tayang Disember Ini

Tersekat di sebuah kejiranan yang gelap dan misteri tanpa ingatan bagaimana mereka sampai di situ, enam orang yang tidak mengenali terpaksa mengingati semula masa lalu mereka yang terlupa untuk melarikan diri dalam “Light Shop” .

Ia adalah sebuah drama mistik lapan episod yang dicipta oleh pencipta “Moving”, yang akan ditayangkan pada 4 Disember secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

Adaptasi daripada webtoon popular karya Kangfull dengan tajuk yang sama, “Light Shop” mengikuti kisah enam individu yang masing-masing bergelut dengan peristiwa traumatik dalam hidup mereka. Semasa menjalani kehidupan harian mereka, mereka perlahan-lahan menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena – tetapi mereka tidak dapat memahaminya sepenuhnya.

Terdesak mencari jawapan dan cara untuk kembali kepada normal, mereka tertarik ke sebuah kedai cahaya misteri di hujung lorong yang suram, yang memegang kunci kepada masa lalu, masa kini, dan masa depan mereka.

light shop

Penuh dengan misteri dan teka-teki, “Light Shop” menjanjikan satu pengembaraan emosional dengan premis yang unik dan menyentuh hati.

Ianya dibintangi oleh Ju Ji-hoon sebagai Jung Won-young, pemilik kedai cahaya, Park Bo-young sebagai jururawat yang hidupnya berubah setelah melalui pengalaman hampir mati, Bae Seong-woo sebagai seorang detektif, Lee Jung-eun sebagai ibu yang berduka, dan Kim Min-ha sebagai penulis skrip, Sun-hae.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...