Ikuti Kami:

Ada Isu Bayaran Sebelum Ini, Song Jihyo Sudah Tinggalkan Agensi Uzurocks?

Ada Isu Bayaran Sebelum Ini, Song Jihyo Sudah Tinggalkan Agensi Uzurocks?

Baru beberapa bulan bekerjasama, adakah Song Ji-hyo sudah pun memutuskan hubungan bersama agensinya kini iaitu Uzurocks Entertainment.

Terdahulu, agensi yang turut menaungi Ji Suk-jin, Lee Hyun-woo, Zelo, Oh Man-seok dan ramai lagi didakwa sedang mengalami masalah kewangan kini. Malah mereka dikatakan lewat membayar gaji pekerja, pendapatan pengiklanan selebriti dan bayaran insurans mereka.

Walau bagaimanapun, Uzurocks bagaimanapun menegaskan bahawa bayaran gaji akan diberikan pada tarikh yang sepatutnya dan tiada berita lanjut lagi mengenai hal itu sehingga baru-baru ini.

uzurocks song jihyo

Menerusi kemas kini beberapa peminat, rata-ratanya perasan bahawa akaun Instagram Uzurocks sudah tidak lagi mengikuti akaun rasmi milik Song Ji-hyo. Malah pengurus ahli “Running Man” itu juga dilihat sudah tidak mengikuti akaun syarikat berkenaan.

Disebabkan oleh itu, ada khabar angin yang tersebar mengatakan bahawa wanita itu berkemungkinan besar memilih untuk tidak lagi bernaung di bawah Uzurocks.

Bukan itu sahaja, apabila nama Song Ji-hyo dicari dalam web rasmi, sudah tidak ada nama agensi yang dipaparkan bersama infonya. Selain foto dan nama wanita itu turut tidak dijumpai di laman rasmi artis di bawah naungan Uzurocks.

uzurocks song jihyo

Pun begitu, ia hanyalah spekulasi peminat dan tiada apa yang dapat disahkan lagi kini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...