Ikuti Kami:

“Ada Hati Nak Cakap..” – Teruk Dihentam, Penonton Kritik Layanan Lee Seunggi Pada Pelatih Idola Dalam Program Survival

“Ada Hati Nak Cakap..” – Teruk Dihentam, Penonton Kritik Layanan Lee Seunggi Pada Pelatih Idola Dalam Program Survival

Pasti ramai yang tahu kan selain seorang pelakon, Lee Seung-gi juga turut terlibat dalam bidang nyanyian.

Kini, Lee Seung-gi merupakan salah seorang juri untuk program survival “Starlight Boys”, yang bertujuan untuk menubuhkan kumpulan idola lelaki dari Korea Selatan dan China.

Untuk episod terbaru yang ditayangkan, pelatih perlu menghadapi satu cabaran di mana peserta akhir yang dipilih, harus menari secara berterusan untuk lagu yang sama, dengan hanya 30 saat untuk berehat.

Sekitar pusingan ke-12 apabila ramai pelatih mula menunjukkan keletihan, Lee Seung-gi terus bersuara dan menyatakan bahawa mereka tidak sepatutnya rasa letih lagi.

Semasa konsert, idola mempersembahkan sehingga 30 lagu di hadapan peminat. Awak mengambil hak penonton untuk menikmati persembahan penyanyi yang bersemangat, jika awak rasa letih.

Meninjau di laman X, ramai rata-rata tak puas hati dengan cara Lee Seung-gi yang mempraktiskan budaya berlatih secara toksik dalam industri K-Pop tambahan pula, selepas seorang pelatih bersuara bahawa mereka semua adalah manusia dan bukannya robot.

Antara komen penonton,

  • Cuba tengok sikit kalau dia pulak yang menari tanpa henti.
  • Lagu dia pun semua ballad, ada hati nak cakap pasal tarian.
  • Jadi pelakon je lah Lee Seung-gi.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...