Sudah lama aktif dalam industri hiburan, ahli 2PM pastinya mempunyai hidup yang ‘senang’ kini.
Terbaru, ahli 2PM iaitu Jun.K, Nichkhun, Taec-yeon, Chan-sung, Jun-ho dan Won-young telah tampil sebagai tetamu dalam program KBS 2TV’s “Hong Kim Dongjeon”, bagi menyambut ulang tahun ke-15 mereka sejak debut.
Dalam siaran itu, Nichkhun menjawab khabar angin tentang gelarannya ‘Putera Thailand’. Jelasnya,
Itu hanya nama panggilan.
Kemudian, Taec-yeon meneruskan lagi dengan mendedahkan mengenai kehidupan mewah rakan ahlinya itu di Thailand,
Rumah Nichkhun di Thailand adalah sebuah istana. Ada harimau tinggal di sana.
Mendengar pendedahan itu, Kim Sook terus teruja ingin ke Thailand dan bertanya,
Bolehkah kami pergi ke sana?
Wuu mesti besar rumah Nichkhun!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.