Ikuti Kami:

Ada Di Damansara & Putrajaya, 8 Lagu K-Pop Ini Dirakam Di Malaysia

Ada Di Damansara & Putrajaya, 8 Lagu K-Pop Ini Dirakam Di Malaysia

Bila bercakap tentang video muzik, sudah semestinya kualiti dan suntingan yang hebat membuatkan video muzik K-Pop menjadi inspirasi untuk semua. Bajet yang besar juga diperuntukkan bagi memperoleh hasil yang tidak akan mengecewakan buat para peminat K-Pop.

Siapa sangka ada beberapa kumpulan idola K-Pop yang pernah menjayakan penggambaran video muzik mereka di Malaysia. Kalau nak tahu, jom KimchiDaily kongsikan untuk korang siapa kumpulan idola K-Pop yang pernah melakukan penggambaran video muzik di Malaysia.

1. Super Junior ‘Dancing Out’ 

Untuk pengetahuan korang, video muzik ‘Dancing Out’ yang dinyanyikan oleh Super Junior telah dikeluarkan pada tahun 2006. Percaya atau tidak, kumpulan ini telah melakukan penggambaran di Menara Berkembar Petronas dan juga di Putrajaya sebagai latar belakang untuk video muzik mereka.

Ha, korang mesti tak percayakan sebenarnya penggambaran video muzik tersebut pernah dilakukan dekat sini!

2. B.A.P ‘Crash’

Pada 10 tahun yang lepas, kumpulan idola K-Pop B.A.P telah melakukan penggambaran video muzik mereka di Sunway Lagoon.

Namun, siapa sangka video muzik tersebut adalah montaj kenangan buat mereka yang telah membuat persembahan di “MTV World Stage Live in Malaysia”.

Jadi, kepada peminat B.A.P mesti korang rindu akan kumpulan ini, betul tak?

3. Boys Republic ‘L.I.U’

Siapa sini pernah dengar nama kumpulan idola K-Pop, Boys Republic? Kumpulan ini pernah viral pada tahun 2013 dengan lagu mereka bertajuk ‘L.I.U’.

Untuk pengetahuan korang, kumpulan tersebut telah melakukan fanmeeting bersama peminat mereka pada tahun yang sama. Oleh sebab itu, kumpulan ini telah merekodkan perjalanan mereka berjumpa dengan peminat di Kuala Lumpur dan telah dijadikan montaj dalam video muzik mereka.

Comel kan mereka rekod montaj bersama peminat?

4. Byul ‘Bikini’

Kalau korang nak tahu, isteri kepada Haha “Running Man” juga merupakan seorang penyanyi yang bernama Byul.

Sekitar tahun 2008, Byul telah membuat satu penggambaran video muzik di 4 lokasi di sekitar Malaysia iaitu di Pantai Langkawi, Petaling Street, Pavillion Bukit Bintang dan KLIA.

Mesti korang terkejutkan, sebenarnya Byul juga pernah menjejakkan kakinya di lokasi-lokasi popular di Malaysia.

5. MOVE IN KEY (M.I.K) ‘We Are’

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya kumpulan idola K-Pop MOVE IN KEY atau dikenali sebagai M.I.K juga pernah menjalankan video muzik mereka di Kuala Lumpur.

Mereka telah datang ke Malaysia pada tahun 2013 untuk mempromosikan konsert jelajah album pertama mereka bersama peminat.

6. LUNAFLY ‘Innocent And Young’

Untuk pengetahuan korang, LUNAFLY telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan setahun selepas itu, mereka telah membuat showcase pertama mereka di Malaysia.

Hal yang demikian, mereka telah jadikan showcase itu sebagai video muzik sebagai tanda penghargaan terhadap peminat mereka di sini.

7. AlphaBAT ‘Oh My Gosh’

Rasanya ramai yang tak tahu bahawa kumpulan idola K-Pop AlphaBAT juga pernah menghadiri showcase Selamat Hari Raya di Malaysia pada tahun 2014.

Pada masa yang sama, mereka juga turut membuat penggambaran video muzik di Taman Tema Lost World Of Tambun dan juga di Kellie’s Castle, Perak.

8. GOT7 ‘A’

Sebut je pasal video muzik GOT7 yang berjudul ‘A’, mesti korang teringat yang mereka juga pernah menjalankan video muzik di Malaysia kan?

Sangkaan yang betul, GOT7 telah membuat penggambaran video muzik mereka di sekitar Malaysia. Antaranya di Shah Alam dan juga pasar raya besar di Mutiara Damansara.

Nampak macam di Amerika Syarikat bukan? Tapi sebenarnya semua di Malaysia sahaja!

Jadi, macam mana korang? Hebat kan sebenarnya Malaysia ni! Rupanya Malaysia juga pernah menjadi pilihan agensi untuk melakukan video muzik buat artis mereka. Harap Malaysia akan kekal menjadi pilihan buat mereka untuk membuat video muzik lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...