Ikuti Kami:

Ada Dalam Senarai Pelakon ‘The Penthouse 2’, ‘Mendiang’ Min Seolah Ditebak Hidup Balik Nanti?

Ada Dalam Senarai Pelakon ‘The Penthouse 2’, ‘Mendiang’ Min Seolah Ditebak Hidup Balik Nanti?

Sudah pun menemui ajalnya dek ketamakan penduduk di Hera Palace, ada teori mengatakan bahawa watak Min Seol-ah yang dilakonkan oleh Jo Soo-min akan buat kembali dalam musim kedua “The Penthouse”. Eh??

Perkara ini menjadi perbincangan hangat di sebuah laman komuniti Korea apabila watak gadis itu dilihat tersenarai sebagai antara barisan pelakon dalam musim terbaru drama popular ini.

min seolah the penthouse

Disebabkan itu, ramai yang beranggapan bahawa mungkin Min Seol-ah akan dihidupkan semula memandangkan penulis “The Penthouse” ini terkenal kerana pernah membawa kembali watak yang sudah tiada dalam drama yang ditulis sebelum ini.

Bahkan ada juga yang menebak mungkin Min Seol-ah kekal disenaraikan sebagai barisan pelakon dalam musim kedua tersebut kerana dia bakal muncul dalam babak ‘flashback’ sahaja.

min seolah the penthouse min seolah the penthouse

Apa pun, sama-sama kita nantikan magis yang bakal disajikan kepada penonton “The Penthouse” untuk musim kedua ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...