Ikuti Kami:

“Ada Bau Busuk Tak?”- Kim Tae Hee & Lim Ji Yeon Rungkai Misteri Dalam Siri Thriller Lies Hidden In My Garden

“Ada Bau Busuk Tak?”- Kim Tae Hee & Lim Ji Yeon Rungkai Misteri Dalam Siri Thriller Lies Hidden In My Garden

“Wujud ke perkahwinan yang tiada masalah? Atau semua ini hanya satu kepura-puraan?”

Siapa kat sini layan siri thriller dari Korea? Ini Kimchi Daily nak kongsikan satu drama terbaru bertajuk ‘Lies Hidden in My Garden’ lakonan Kim Tae Hee dan Lim Ji Yeon yang confirm buat korang tak senang duduk.

Kalau korang nak tau, ‘Lies Hidden in My Garden’ merupakan adaptasi daripada novel terkenal dengan tajuk yang sama. Novel dengan tema ‘gelap’ ini mengisahkan dua wanita yang menjalani kehidupan rumah tangga yang sangat BERBEZA.

Tapi satu misteri mula menyelubungi kehidupan mereka apabila bau busuk mula mengganggu daripada laman rumah Min Joo Ran (Kim Tae Hee). Paling seram, korang boleh tengok trailer drama ni yang memaparkan dia tengah pegang cangkul sambil gali tanah dengan senyuman yang sukar ditafsirkan. Sumpah psiko!

“Ada bau something tak?”

‘Lies Hidden in My Garden’, memaparkan Min Joo Ran, seorang suri rumah kaya yang mempunyai kehidupan yang ‘sempurna’. Suaminya seorang doktor dan mereka mempunyai seorang anak lelaki yang comel.

Sesiapa yang tengok famili ni gerenti rasa jealous punya!

Tapi keindahan ni mula retak apabila Joo Ran menyedari ada bau busuk yang keluar dari halaman daripada rumah dia. Agak-agak bau apa? Takkan bau mayat kot!

Sementara itu,  Lim Ji Yeon, pula memainkan watak Chu Sang Eun, seorang mangsa keganasan rumah tangga yang bermimpi untuk melarikan diri dari realiti neraka kehidupan. 

Suatu hari tanpa disangka, impian dia jadi kenyataan apabila suaminya, Yoon Beom yang bekerja di sebuah syarikat farmasi telah ditemui mati. Tapi apa puncanya?

Lagi membingungkan apa kaitan kedua-dua watak ni? Kenapa Joo Ran ada di majlis memperingati suami Sang Eun dan apa punca bau busuk di halaman rumah Joo Ran? 

Makin fikir, makin pening nak rungkai, so apa kata korang layan je ‘Lies Hidden in My Garden’ ni dekat Prime Video.

Lagi menarik, pengarah drama ni merupakan orang yang sama mengarahkan drama popular seperti Twenty-Five Twenty-One, The King: Eternal Monarch dan Search WWW. Wow, lagi tak sabar nak tengok!

Apakah penipuan yang disembunyikan dalam Lies Hidden In My Garden?

Untuk korang yang nak tonton ‘Lies Hidden in My Garden’, korang boleh strim drama bersiri 8 episod ini  mulai 19 Jun 2023 secara eksklusif di Prime Video

Kalau korang takde Prime Video, apa kata download sekarang. Dengan RM25 je, korang dah boleh binge-watch semua K-drama pilihan pada bila-bila masa, di mana sahaja! 

Kalau korang nak try dulu pun boleh, korang boleh dapatkan akses percubaan secara PERCUMA untuk 7 hari. Syok tu!

Muat turun aplikasi Prime Video secara percuma di Google Play dan App Store hari ini.

Untuk maklumat lanjut berkaitan info terkini serta promosi dari Prime Video, layari laman sosial rasmi Prime Video, Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan Youtube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...