Ikuti Kami:

Ada Baru & Lama, 9 K-Drama Penuhi Ranking Top 10 Di Netflix Malaysia Kini

Ada Baru & Lama, 9 K-Drama Penuhi Ranking Top 10 Di Netflix Malaysia Kini

Drama Korea memang popular sangat di laman penstriman Netflix!

Tak kisah lah drama lama ataupun baru, pastinya ia akan tersenarai tinggi dalam ranking populariti Top 10.

Lihat sahaja ranking terkini di Malaysia, dari 10 tempat teratas, 9 daripadanya dipenuhi oleh pelbagai K-Drama.

1. Extraordinary Attorney Woo

Drama ini membawa kisah seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras di sebuah firma guaman besar bagi menyelesaikan pelbagai kes dan cabaran.

ena extraordinary attorney woo

2. Alchemy Of Souls

Drama percintaan fantasi yang berlangsung di negara Daeho fiksyen, sebuah negara yang tidak wujud dalam sejarah atau di peta. Cerita ini mengikuti watak utama yang nasibnya menjadi berpintal kerana sihir yang menukar jiwa orang.

3. Sell Your Haunted House

Membawa kisah ejen hartanah yang menghalau hantu dan roh jahat daripada hartanah yang mempunyai sejarah kes kematian. Saksikan pengusir roh, Hong Ji-ah (Jang Na-ra) dan seorang penipu, Oh In-bum (Jung Yong-hwa) bekerjasama bagi menghalau kesemua anasir jahat ini kembali ke tempat asal mereka.

netflix sell your haunted house

4. Remarriage & Desires

“Remarriage & Desires” ialah sebuah drama satira realistik mengenai individu yang berimpian untuk mengubah hidup dengan mengahwini pasangan kaya dan mengekalkan status kewangan ataupun menaiki tangga kelas sosial. Menerusi drama ini, penonton akan didedahkan dengan masyarakat yang materialistik selain kisah perkahwinan komoditi.

netflix remarriage & desires

5. Backstreet Rookie

“Backstreet Rookie” membawa kisah romantik yang tidak dijangka di antara pemilik kedai serbaneka Choi Dae-hyun (Ji Chang-wook) dan pekerja separuh masa Jung Saet-byeol (Kim Yoo-jung).

netflix backstreet rookie

6. Ghost Doctor

Drama perubatan fantasi ini membawa kisah apabila seorang doktor pandai yang berlagak dan seorang doktor residen kaya yang tidak menyedari tanggungjawabnya serta dua doktor lain dengan latarbelakang dan kemahiran yang ekstrem berkongsi satu badan yang sama.

netflix ghost doctor

7. My Roommate Is A Gumiho

“My Roommate Is A Gumiho” (diadaptasi daripada webtoon), membawa kisah seorang pelajar kolej iaitu Lee Dam (Hye-ri) yang tanpa sengaja tertelan guli seorang gumiho lelaki bernama Shin Woo-yeo (Jang Ki-yong) yang kian hampir mencapai impiannya untuk menjadi manusia. Apabila seseorang menelan guli tersebut, mereka akan hanya hidup selama setahun sebelum guli itu pecah dan menghalang gumiho itu daripada berubah menjadi manusia. Disebabkan itu, Shin Woo-yeo meminta Lee Dam untuk tinggal bersama dan sekaligus bermulalah kisah cinta di antara mereka.

netfix my roommate is a gumiho

9. Police University

“Police University” menceritakan siasatan yang kelam-kabut berlaku apabila Yoo Dong-man (Cha Tae-hyun) seorang profesor di universiti kepolisan elit, bergabung tenaga dengan dua pelajarnya. Seorang ialah Kang Sun-ho (Jin-young), si bijak pandai dan si penggodam dan Oh Kang-hee (Krystal).

netflix police university

10. Dali & Cocky Prince

“Dali And Cocky Prince” membawa kisah cinta antara seorang lelaki dan perempuan yang langsung tidak mempunyai persamaan. Jin Mu-hak (Kim Min-jae), di mana keluarganya berjaya membesarkan perniagaan gamja-tang yang kecil sehingga menjadi syarikat makanan global. Meskipun merupakan pengarah di syarikat tersebut, namun dia kurang cerdik dan sentiasa menduduki tempat terakhir dalam ranking akademik di sekolah. Sedang dalam usaha untuk mendapatkan sebuah muzium seni yang dimiliki oleh Kim Da-li, seorang perempuan elit dan dia akhirnya jatuh cinta dengan wanita itu.

netflix dali and cocky prince

Hebat kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...