Ikuti Kami:

Ada Banyak Kumpulan Hebat, SM Entertainment Berjaya Jual 17 Juta Album Pada 2021

Ada Banyak Kumpulan Hebat, SM Entertainment Berjaya Jual 17 Juta Album Pada 2021

SM Entertainment telah cipta rekod baharu dengan jualan album mereka!

Pada 10 Januari, SM Entertainment mengumumkan bahawa mereka telah menjual lebih daripada 17.62 juta salinan album pada tahun 2021. Menurut laporan rasmi mereka, syarikat itu telah mengeluarkan 25 album berbeza pada tahun lepas, dan telah mencatatkan jualan sebanyak 17.62 juta salinan pada 31 Disember 2021.

Rekod ini hampir dua kali lebih besar daripada rekod tahun 2020, membuktikan SM Entertainment dan kandungan artis mereka yang berjaya mendominasi K-pop. NCT, EXO, dan Baek-hyun telah menerima gelaran ‘million sellers’ kerana jualan album mereka yang mencecah jutaan salinan dan kesemua 25 album di bawah label tersebut telah disenaraikan dalam carta 100 album teratas tahunan di Gaon.

sm entertainment

Fuhh artis-artis SM semuanya hebat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...