Ikuti Kami:

“Ada Alat Kemaluan..” – ‘Running Man’ Dikecam Kerana Aksi Kontroversi Seksual Ini

“Ada Alat Kemaluan..” – ‘Running Man’ Dikecam Kerana Aksi Kontroversi Seksual Ini

Tak semena-mena, terdapat kritikan yang dilemparkan buat satu babak dalam “Running Man” baru-baru ini.

Terbaru, satu entri telah dimuat naik di laman komuniti popular Korea seperti The Qoo dan Funny University di mana mereka menyelar tindakan Haha dan yang lain kerana meniru satu babak filem “Inside Men” yang pernah mendapat kritikan suatu ketika dahulu.

Pada ketika itu, kesemua ahli sedang menjamah makanan yang disediakan Yang Se-chan dan Yoo Jae-suk selain bergembira minum makgeolli (wain beras). Pada awalnya, Haha mengatakan bahawa dia baru belajar ucap selamat ketika minum dan mengajak Jeon So-min, Song Ji-hyo dan Yang Se-chan untuk mengikutnya.

Jerit mereka sambil memusingkan badan,

Ianya seronok.

running man

Balas Yang Se-chan pada Haha,

Hyung, ini biasanya dilakukan oleh lelaki.

Babak ini diambil dari filem berkenaan semasa minum arak. Dalam filem itu, ahli politik yang korupsi Jang Pil-woo bermain dengan permainan sambil bogel di vila dan melakukan bom arak dengan alat kemaluan.

Disebabkan “Running Man” merupakan program yang ditonton oleh pelajar sekolah menengah rendah dan lebih tua, agak kurang enak apabila mereka menampilkan babak sedemikian yang sesuai untuk penonton dewasa sahaja.

running man

Komen peminat,

‘Running Man’ ditonton ramai budak-budak, kenapa buat macam tu?

 

Teruknya mereka.

 

Babak ini sangat menjelekkan dalam filem itu, tapi kenapa macam tu.

 

Pihak produksi juga bermasalah kerana tak sunting babak ini.

Walau bagaimanapun, terdapat juga komen mengatakan bahawa babak ini tidak membawa maksud apa-apa pun dan hanya gurauan ahli. Bahkan babak ini turut tular di serata media sosial dan menjadi ikutan semua.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...