Siapa sangka kan, BLACKPINK sepatutnya debut dengan lebih dari 4 orang ahli.

Baru-baru ini, Ji-soo telah muncul sebagai tetamu dalam program “Dex’s Fridge Interview” di YouTube, bagi mempromosikan drama terbarunya dan juga berborak tentang pelbagai topik.
Antara topik yang menarik perhatian apabila Ji-soo turut mendedahkan bahawa pada awalnya, YG Entertainment merancang untuk BLACKPINK debut lebih daripada 4 ahli. Kongsinya,
Mereka inginkan kumpulan gadis yang lebih dari 4 ahli. Ada satu ketika, ada 7 pelatih yang berlatih bersama.
Sambungnya,
Pernah juga syarikat mempunyai lebih 20 pelatih pada waktu yang sama, yang dibahagikan kepada 5 pasukan. Namun akhirnya, kami jadi berempat sahaja.
BLACKPINK dah sempurna dah dengan 4 ahli!