Ikuti Kami:

Ada 7 Ahli, JYP Entertainment Umum Kumpulan Gadis Baharu ‘NMIXX’

Ada 7 Ahli, JYP Entertainment Umum Kumpulan Gadis Baharu ‘NMIXX’

JYP Entertainment akan debut kumpulan gadis baharu!

Pada 26 Januari, JYP Entertainment secara rasmi mengumumkan nama kumpulan gadis tujuh ahli mereka yang akan datang: NMIXX.

Tahun lepas, agensi itu memperkenalkan tujuh ahli NMIXX, yang kemudiannya dipanggil JYPn melalui beberapa siri video tarian dan lagu. Pada masa itu, JYP Entertainment menyatakan bahawa kumpulan gadis baharu, yang terdiri daripada ahli Kyu-jin, Ji-woo, BAE, Jinni, Sull-yoon, Hae-won, dan Lily, akan membuat debut mereka pada Februari 2022.

Selain mengeluarkan klip teaser sulung bertajuk “NICE TO MIXX YOU”, JYP Entertainment turut melancarkan beberapa akaun sosial media rasmi untuk NMIXX, seperti Instagram, Twitter, YouTube, Facebook dan Weibo.

Siapa tak sabar nak tunggu NMIXX debut?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...