Ikuti Kami:

AB6IX Bakal Buat Comeback Mei Ini

AB6IX Bakal Buat Comeback Mei Ini

AB6IX bukan lagi kumpulan yang asing dalam industri muzik K-Pop yang bernaung di bawah Brand New Music dan baru sahaja debut pada Mei 2019, kini khabarnya bakal buat comeback pada Mei akan datang!

AB6IX secara rasmi akan membuat comeback pada 18 Mei ini. Terbaru, agensi mereka iaitu Brand New Music mengesahkan kenyataan itu apabila memuat naik satu poster melalui akaun rasmi Instagram mereka (@ab6ix_official).

ab6ix

Poster yang dimuat naik itu mengandungi beberapa klu mengenai album AB6IX akan datang iaitu “A to B”, telah berjaya menimbulkan rasa ingin tahu peminat.

Berdasarkan poster, elemen-elemen yang digunakan adalah satu cahaya yang melalui dinding, dan lebih terperinci lagi apabila terdapat imej logo kumpulan itu dimana ia berbentuk kunci serta lubang kunci ditambah pula dengan nama kumpulan AB6IX berjaya menimbulkan teka-teki dalam kalangan peminat.

ab6ix

Para peminat mereka sudahpun memberi perhatian kepada jenis muzik dan konsep yang akan AB6IX bawa, selain menganggap kumpulan tersebut sebagai satu kumpulan artis idola yang lengkap. Mereka juga telah berjaya membina spektrum muzik yang meluas dengan mempamerkan konsep yang unik dan sempurna untuk peminat setiap masa.

Untuk lagu terbaru “A To B” kali ini, Jeon-woong, Dong-hyun, Woo-jin dan Dae-hwi telah dijangka untuk memberikan persembahan yang bertenaga selain kualiti lagu yang memberansangkan.

Korang terus nantikan comeback dorang Mei ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...