Hanya 12 episod, “A Business Proposal” dikhabarkan sudah pun menamatkan penggambaran hari ini.
Untuk pengetahuan, “A Business Proposal” ialah drama komedi romantik tentang seorang pekerja pejabat yang pergi ke ‘blind date’ dengan CEO syarikatnya, menggantikan rakannya sambil menyembunyikan identiti sebenar.
Menurut sumber, siri yang turut ditayangkan di Netflix ini dikhabarkan sudah pun menamatkan penggambaran hari ini.
Sudah pun menayangkan 7 episod, drama ini menerima perhatian ramai kerana keserasian di antara teraju utamanya iaitu Kim Se-jeong, Ahn Hyo-seop, Kim Min-gyu dan Seol In-ah. Malah “A Business Proposal” merupakan naskhah yang disukai bukan sahaja peminat drama Korea namun penonton biasa juga.
Ini jelas kelihatan apabila drama berkenaan trending di beberapa negara selepas ianya ditayangkan.
Korang agak-agak ending “A Business Proposal” macam mana?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.