Ikuti Kami:

11 Tahun Berlalu, 5 Pelakon Kanak-Kanak ‘Boys Over Flower’ Yang Masih Aktif Dalam Dunia Seni

11 Tahun Berlalu, 5 Pelakon Kanak-Kanak ‘Boys Over Flower’ Yang Masih Aktif Dalam Dunia Seni

Rasanya ada yang mula menjadi peminat K-Drama selepas menonton drama “Boys Over Flower” yang mencipta fenomena di serata Asia pada tahun 2009 kan?

Meskipun pelakon utamanya seperti Lee Min-ho, Gu Hye-sun, Kim Bum, Kim Seo-eun dan ramai lagi telah pun mengecapi kejayaan kini, tapi ramai rasanya yang tertanya-tanya mengenai keberadaan watak-watak kecil dalam drama popular tersebut sekarang.

Kang Han-byul

Memainkan watak Gu Jun-pyo (Lee Min-ho) sewaktu kecil. Kini, dia aktif dalam lakonan dan permodelan. Antara naskhah popular lakonannya ialah “The Kings 2 Heart” dan “Orange Marmalade”.

watak kanak-kanak boys over flower

Jung Chan-woo (iKON)

Melakonakan watak Gu Jun-pyo (Lee Min-ho) semasa kanak-kanak. Kini, kurang aktif dalam bidang lakonan namun merupakan idola popular dalam kumpulan hip-hop iKON.

watak kanak-kanak boys over flower

Nam Da-reum

Menggalas watak Yoon Ji-hoo (Kim Hyun-joong) sewaktu kecil. Kini, dia aktif dalam lakonan dan antara naskhah popular lakonannya ialah “Goblin”, “Come And Hug Me”, “Start-Up” dan banyak lagi.

watak kanak-kanak boys over flower

Kang San

Melakonkan watak Yoon Ji-hoo (Kim Hyun-joong) semasa kanak-kanak. Kini, dia aktif dalam lakonan dan antara naskhah popular lakonannya ialah “Tree With Deep Rooted”.

watak kanak-kanak boys over flower

Moonbin (ASTRO)

Memainkan watak So Yi-jung (Kim Bum) sewaktu kecil dan kini dia lebih aktif sebagai idola dalam kumpulan bernama ASTRO. Pun begitu, dia masih berlakon dan antara drama popular lakonannya ialah “At Eighteen”.

watak kanak-kanak boys over flowerSekejap sahaja rasanya, tapi dah besar semuanya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...