Ikuti Kami:

9 Tahun Selepas ‘The Heirs’, Kim Woobin & Krystal Reunion Kembali Di Pameran Fesyen

9 Tahun Selepas ‘The Heirs’, Kim Woobin & Krystal Reunion Kembali Di Pameran Fesyen

Siapa pernah layan drama “The Heirs” yang ditayangkan pada 2013 dahulu?

Terbaru pada 14 Oktober, Kim Woo-bin dan Krystal telah menghadiri pertunjukan fesyen untuk jenama Ralph Lauren, yang diadakan di San Marino, California.

Sejurus selepas foto dan video kedua selebriti itu yang duduk bersebelahan dikongsi, peminat tidak dapat menyembunyikan rasa teruja memandangkan mereka sama-sama pernah membintangi drama “The Heirs” yang popular ketika bersiaran pada 2013 dahulu.

Antara reaksi peminat selepas melihat reunion kedua pelakon itu:

Mereka berdua nampak seperti Choi Young-do dan Lee Bo-na dalam kehidupan sebenar.

 

Siapa sangka dapat tengok mereka berdua kembali selepas 9 tahun! Saya rindu nak tengok drama ni.

 

Mereka nampak ‘hot’ bersama!

Bagi yang belum tahun, dalam siri “The Heirs” yang memfokuskan pada cinta dan persahabatan pelajar sekolah menengah yang kaya, Kim Woo-bin membawa watak sebagai Choi Young-do dan Krystal menghidupkan watak Lee Bo-na.

Rindunya nak tengok drama ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...