Ikuti Kami:

8 Tahun Bercinta, Lee Jungjae & Im Seryung Muncul Bersama Di Festival Filem Cannes Ke-75

8 Tahun Bercinta, Lee Jungjae & Im Seryung Muncul Bersama Di Festival Filem Cannes Ke-75

Sudah 8 tahun mengulam kasih, ramai yang seronok melihat pasangan merpati dua sejoli iaitu Lee Jung-jae dan Im Se-ryung.

Terbaru, pasangn itu dilihat bersama-sama menghadiri Festival Filem Antarabangsa Cannes ke-75 bagi menyokong naskhah pertama arahan Lee Jung-jae iaitu “The Hunt”.

Turut dilakonkan oleh rakan baiknya, Jung Woo-sung, Lee Jung-jae nyata mendapat perhatian ramai kerana pengaruh yang dikecapinya dek kepopularitian “Squid Game” di seluruh dunia.

jung woosung lee jungjae

Walaupun tidak muncul bersama ketika di karpet merah, namun Im Se-ryung dilihat memberikan sokongan buat kekasih hati daripada belakang ketika tayangan filem itu.

Sudah bercinta sejak 2015, pasangan ini langsung tidak segan untuk memaparkan hubungan mereka yang utuh buat tatapan umum.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...