Ikuti Kami:

7 Tahun Bercinta, Shin Minah & Kim Woobin Pertama Kali Bakal Muncul Bersama Dalam Satu Acara

7 Tahun Bercinta, Shin Minah & Kim Woobin Pertama Kali Bakal Muncul Bersama Dalam Satu Acara

Sekian lama mengulit cinta, akhirnya pasangan kesayangan ramai iaitu Shin Min-ah dan Kim Woo-bin bakal membuat kemunculan bersama dalam satu acara yang sama nanti.

Baru-baru ini, tvN mengumumkan Shin Min-ah dan Kim Woo-bin akan muncul bersama Lee Byung-hun, Cha Seung-won, Lee Jung-eun, Han Ji-min, Uhm Jung-hwa serta produser Kim Gyu-tae dan Noh Hee-kyung untuk sidang media drama “Our Blues” pada 7 April ini.

Untuk pengetahuan, ‘Our Blues” merupakan drama omnibus yang membawa pelbagai kisah pahit, manis, masin dan masam kehidupan berlatarbelakangkan kepulauan Jeju.

tvn our blues

Meskipun berlakon dalam drama yang sama namun Shin Min-ah dan Kim Woo-bin digandingkan dengan pasangan yang berlainan iaitu Lee Byung-hun dan Han Ji-min.

Tak sabarnya nak tengok interaksi mereka!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...