Ikuti Kami:

7 Tahun Bercinta, Lee Jungjae Jawab Jika Akan Kahwini Im Seryung

7 Tahun Bercinta, Lee Jungjae Jawab Jika Akan Kahwini Im Seryung

Sudah 7 tahun bersama, pasti ramai yang menantikan hari gembira Lee Jung-jae bersama kekasihnya Im Se-ryung.

Terbaru pada 20 Oktober, Lee Jung-jae telah menghadiri Festival Filem Asia Timur London ke-7 dan turut terlibat dengan satu temu bual ekslusif bersama Yonhap News.

Untuk pengetahuan, pelakon itu telah dipilih untuk memainkan watak utama dalam siri baru Disney+ “Star Wars: The Acolyte”. Ketika diminta untuk menceritakan lebih lanjut mengenai wataknya, Lee Jung-jae menjawab,

Saya tidak boleh berkata apa-apa kerana saya telah menandatangani semua perjanjian rahsia. Akan ada pengumuman tidak lama lagi. Ini kali pertama saya terlibat dalam projek asing, dan ini kali pertama saya melakukan projek yang begitu besar, jadi saya berada dalam kedudukan di mana saya tidak mempunyai pilihan selain mengikuti apa yang saya disuruh lakukan.

lee jungjae

Kongsinya lagi,

Saya masih mengusahakan bahasa Inggeris saya. Saya membuat persediaan setiap hari kerana saya akan membuat penggambaran tidak lama lagi.

Di akhir temu bual, Lee Jung-jae turut ditanya sama ada dia bercadang untuk berkahwin dengan teman wanitanya Im Se-ryung, memandangkan mereka sudah 7 tahun bersama. Respon pelakon itu,

Ini adalah perkara peribadi, jadi agak sukar untuk dijawab.

Agak-agaknya bila eh?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...