Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba Kim Soo-hyun sekali diseret dengan gosip melibatkan mendiang Kim Sae-ron.
Terbaru, akaun YouTube Garo Sero Research Institute mendedahkan bahawa pelakon lelaki tersebut pernah bercinta selama 6 tahun bersama Kim Sae-ron semenjak mendiang berusia 15 tahun.
Agensi Kim Soo-hyun tidak mendiamkan diri dan menyelar dakwaan palsu itu sekeras-kerasnya.
Semua tuduhan ini adalah fakta palsu yang tidak boleh diterima, dan pihak kami sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang yang paling tegas terhadap penyebaran maklumat palsu oleh Garo Sero Research Institute.
Pihak agensi juga menyatakan,
Kami merasa sangat sedih dengan berita kematian pelakon mendiang Kim Sae Ron, yang pernah bersama dengan kami, dan kami meratapi pemergiannya.
Malah agensi tersebut mengutuk tindakan akaun YouTube berkenaan yang berkelakuan seperti pembuli siber kerana berterusan cuba mencemarkan nama mendiang bagi kepentingan diri sendiri.
Akhir sekali, agensi itu merayu agar maklumat palsu yang tidak berasas ini tidak terus disebarkan, diperluaskan, atau dihasilkan semula.
Sementara itu, mendiang Kim Sae-ron ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seongdong-gu, Seoul, pada 16 Februari lalu, sekitar jam 4.54 petang.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.