Secara tiba-tiba, drama pertama lakonan Suho EXO sebagai teraju utama iaitu “Rich Man” tiba-tiba menerima perhatian kini.
Dari klip yang dimuat naik di YouTube Shorts, ia menampilkan watak Lee Yoo-chan (Suho) sedang menyoal sekumpulan individu yang ingin melalui temuduga untuk memasuki syarikat IT miliknya.
Setakat ini, klip itu sudah ditonton sebanyak 8.5 juta tontonan dengan 156,000 tanda suka. Netizen Korea dilihat memuji Suho kerana memainkan peranan sebagai bos yang menjengkelkan dengan baik,
Suho berlakon dengan sangat baik, benar-benar mengagumkan dan membuatkan penonton fokus.
Mereka turut mengkritik pasaran kerja moden yang menyebalkan selain memuji penampilan dan mutu lakonan yang semakin membaik sejak 6 tahun lalu.
Korang pernah layan tak “Rich Man”?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.