Ikuti Kami:

5 Tahun Tidak Aktif, Sunye Jawab Kemungkinan Wonder Girls Buat Comeback Semula

5 Tahun Tidak Aktif, Sunye Jawab Kemungkinan Wonder Girls Buat Comeback Semula

Ramai rasanya yang rindu Wonder Girls kan? Kumpulan wanita di bawah JYP merupakan antara nama yang menggerakkan Gelombang Hallyu di seluruh Asia pada suatu ketika dahulu.

Lebih senang membawa haluan masing-masing kini, Sun-ye yang merupakan ketua kumpulan dilihat semakin aktif semula di dalam dunia hiburan. Bahkan wanita itu sempat menyertai sebuah program “Mom Is An Idol” di mana ia menggabungkan beberapa selebriti yang sudah menjadi ibu ke dalam sebuah kumpulan idola.

Sudah pun mempunyai tiga anak perempuan, peminat pastinya mahukan Sun-ye dan ahli Wonder Girls lain supaya bergabung semula jika mempunyai kesempatan.

sunye wonder girls

Menerusi “My Little Old Boy”, Sun-ye turut menjawab persoalan itu,

Apabila waktu yang baik tiba atau pun ada peluang? Kami juga menantikannya.

Jawapan Sun-ye itu nyata menyalakan api harapan di dalam diri peminat yang sudah lama menantikan kesemua ahli kumpulan itu untuk bergabung semula.

wonder girls

Untuk pengetahuan, Sun-ye menghentikan aktiviti seninya pada tahun 2013 dek kesibukan dengan aktiviti kebajikan selain ingin memberikan fokus buat keluarganya. Manakala album terakhir Wonder Girls telah diriliskan pada 2017 bersama barisan ahlinya iaitu Sunmi, Hye-lim, Ye-eun dan Yu-bin.

Haraplah jadi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...