Ramai yang teringin melihat Song Ji-hyo berkahwin kan?
Terbaru, wanita itu telah menjadi tetamu “Pinggyego” bersama Ji Suk-jin serta Haha dan bercerita mengenai kehidupan peribadinya.
Apabila berbincang mengenai hal perkahwinan, Song Ji-hyo mengakui bahawa dia terasa janggal untuk berpasangan atau mempunyai anak kerana dia terasa kesusahan menjaga haiwan peliharaannya selalu memberikan sepenuh perhatian,
Saya takut untuk ada anak.
Walau bagaimanapun, Haha dan Ji Suk-jin cuba meyakinkan pelakon wanita tersebut,
Tapi anak tu mesti cantik, sebab dia akan mengikut wajah awak.
Dalam pada itu, Song Ji-hyo mendedahkan bahawa dia sudah 5 tahun tidak menjalinkan hubungan romantik kerana terlalu sibuk dengan urusan sendiri.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.