5 Tahun Selepas Bubar, SISTAR Akan ‘Reunion’ Dalam Episod Akhir ‘Yoo Hee Yeol’s Sketchbook’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Ada berita gembira buat peminat yang merindui kumpulan SISTAR!
Menurut pegawai penyiaran pada 19 Julai, SISTAR akan mengambil bahagian dalam rakaman terakhir program muzik KBS 2TV “Yoo Hee-yeol’s Sketchbook”, yang dijadualkan untuk menjalani penggambaran pada hari ini.
Kesemua ahli SISTAR iaitu Hyolyn, Bo-ra, So-you dan Da-som akan berkumpul buat kali pertama sejak dibubarkan pada 2017, dalam program itu.

Dalam pada itu, program “Yoo Hee-yeol’s Sketchbook” telah disahkan akan berakhir dengan episod ke-600, dengan kumpulan SISTAR sebagai tetamu. Episod tersebut akan ditayangkan pada 22 Julai nanti.
Akhirnya, dapat juga tengok SISTAR kembali bersatu. Terujanya!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




