Dunia hiburan Korea bukanlah dipenuhi pelangi dan perkara indah sahaja, bahkan terdapat sisi gelap yang mungkin tidak didedahkan kepada peminat biasa.
Kalau anda ingat, pelakon Uhm Tae-woong pernah didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang bekerja di pusat hiburan dewasa pada tahun 2016. Walaubagaimanapun, tuduhan tersebut digugurkan selepas wanita itu ditangkap menipu dan dipenjarakan selama dua tahun setengah. Manakala pelakon tersebut pula disabitkan kesalahan melanggan pelacur dan disaman sebanyak 1 milion won (RM3,538).
Pun begitu, disebabkan kes itu, imej Uhm Tae-woong tercalar teruk kerana mengunjungi perniagaan pelacuran meskipun sudah berkeluarga. Bahkan lelaki itu menerima kecaman ramai kerana personalitinya sebagai seorang bapa penyayang dalam program “Superman Returns” kelihatan palsu selepas kejadian itu menjadi bualan ramai.Selepas kejadian berkenaan, Uhm Tae-woong hanya muncul dalam filem “Excavator” (dirakam sebelum kejadian itu) pada 2017 dan langsung tidak menghadiri sebarang aktiviti promosi kerana kritikan netizen.
Sepanjang dia menyepikan diri, isterinya Yoon Hye-jin (bekas penari ballet terkenal) ada menyampaikan khabar berita lelaki itu. Mengakui sudah memaafkan perbuatan suaminya itu, dia berharap agar perkara tersebut selesai sehingga situ sahaja.Kini, pelakon itu disahkan akan muncul dalam filem “The Last Homework” bersama pelakon lain seperti Park Sang-myeon, Jeon Soo-kyung dan Yoon Hyun-sook. Hal ini menandakan bahawa Uhm Tae-woong sudah bersedia untuk kembali ke dunia lakonan selepas lama berehat.
Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut filem ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.