Sedihnya apabila pasangan yang disayangi ramai umum perpisahan.
Menurut laporan media, pelakon Kim Soo-hyun, yang juga dikenali sebagai Claudia Kim, dan suaminya, Matthew Shampine (nama sebenar Cha Min-geun, 42 tahun), telah bersetuju untuk berpisah.
Pasangan tersebut, yang berkahwin pada tahun 2019, secara rasmi telah mengakhiri perkahwinan mereka selepas lima tahun bermadu kasih.
Butiran mengenai sebab perceraian mereka dan pengaturan hak penjagaan anak mereka belum didedahkan. Untuk pengetahuan, Kim Soo-hyun dan Cha Min-geun menyambut kelahiran seorang anak perempuan pada bulan September, setahun selepas perkahwinan mereka.
Semoga yang baik-baik sahaja.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.