Selepas Chan-sung, Taec-yeon adalah ahli 2PM yang seterusnya akan menamatkan zaman bujang!
Pasti ramai yang tahu kan bahawa Taec-yeon telah mengesahkan hubungannya dengan seorang wanita bukan selebriti, sejak dari Jun 2020 lagi.
Terbaru pada 5 Februari, foto Taec-yeon sedang melamar kekasihnya itu di Menara Eiffel di Perancis telah tersebar, mengejutkan ramai orang.
Nampaknya selepas 5 tahun bercinta, lelaki itu bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi dengan pilihan hatinya itu.
Namun setakat ini, agensi mahupun Taec-yeon sendiri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lagi mengenai gambar yang tersebar.
Apa-apa pun, tahniah Taec-yeon!